Monday, 8 April 2013

TAJUK 15 Seminar Dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang



TAJUK 15 : SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG

SEMINAR

            Menurut kamus pelajar mengatakan suatu perjumpaan untuk menyelidik dan membahaskan sesuatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yang ahli dalam hal berkenaan.Seminar pada umumnya merupakan sebuah bentuk pengajaran akademik, baik di sebuah universiti mahupun diberikan oleh suatu organisasi komersial atau profesional.
            Sebuah seminar biasanya memiliki fokus pada suatu topik yang khusus, di mana mereka yang hadir dapat berdebat secara aktif. Seminar seringkali dilaksanakan melalui sebuah dialog dengan seorang moderator seminar, atau melalui sebuah presentasi hasil penelitian dalam bentuk yang lebih formal. Biasanya, para peserta bukanlah seorang pemula dalam topik yang didiskusikan.
            Sistem seminar memiliki gagasan untuk lebih mendekatkan mahasiswa kepada topik yang dibicarakan. Di beberapa seminar dilakukan juga pertanyaan dan debat. Seminar memiliki sifat lebih informal dibandingkan sistem kuliah di kelas dalam sebuah pengajaran akademik.

Terdapat pelbagai isu yang boleh diseminarkan iaitu :

i)  Pengaplikasian teknologi maklumat dalam P&P bahasa Melayu.
ii) Penggunaan komputer di sekolah.
iii)Pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Ciri-ciri Seminar Bahasa Melayu Berbantukan Komputer :
            i) Memberi kesempatan diskusi berkaitan bahasa Melayu berbantukan      komputer antara peserta dan panel.
            ii) Menggalakkan peserta mengambil bahagaian secara aktif dalam            seminar.


Kelebihan
i)  Berguna kepada peserta yang terlibat
ii) Peserta dapat mempelajari topik secara mendalam
iii) Menyediakan bahan dan keterangan yang baru

Kekurangan
i)  Sukar untuk mendapatkan panel seminar yang berkualiti
ii) Memerlukan jawatankuasa yang besar dalam melaksanakannya
iii) Sering dijalankan untuk seminar pendidikan


PAMERAN
            Menurut Muhd Abi Sofian dalam bukunya Mengurus Gerai Pameran (2005), pameran boleh didefinasikan sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu. Pameran juga adalah suatu kegiatan penyajian karya seni rupa untuk dikomunikasikan sehingga dapat diapresiasi oleh masyarakat luas.
            Dalam dimensi lain, pameran merupakan suatu bentuk dalam usaha mempertemukan antara pengeluar dan pembeli untuk kegiatan promosi yang dilakukan oleh suatu pengeluar, kelompok, organisasi, perkumpulan tertentu dalam bentuk menampilkan barangan kepada awam atau pembeli.

Ciri-ciri Pameran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
            i)  Mempamerkan bahan bahasa Melayu berbantukan komputer
            ii) Terdapat kiosk setiap tajuk dalam proforma
            iii) Penerangan yang lengkap untuk setiap bidang

Jenis-jenis Pameran:

BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Pameran tetap                    (Permanent Exhibition)
Pameran yang dijalankan tanpa melakukan perpindahan tempat

2
Pameran Temporer                 (Temporary Exhibition)
Pameran yang diadakan buat sementara waktu iaitu mempunyai satu tempoh masa yang ditetapkan

3
Pameran Keliling                    (Traveling Exhibition)
Pameran yang dijalankan dengan secara mengelilingi sesuatu tempat tanpa mengira waktu yang tetap.





TAJUK 14 Bengkel Cakera Padat Pembelajaran Dalam Pengajaran Bahasa Melayu



Pengenalan
            CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik.

Memilih cakera padat pembelajaran Bahasa Melayu
            Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari bahasa Melayu. Selain itu, cakera padat yang boleh digunakan ialah:
i. Puisi tradisional dan kesusasteraan
ii. Latihan dan soalan bahasa Melayu

Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
            Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer. Cakera padat boleh diklasifikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya  ialah:

Cakera permainan
Cakera video
Cakera prosa klasik
Cakera audio
Cakera latihan


Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
            Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu.

Perbezaan CD dan DVD
            Perbezaan ketara antara CD dan DVD ialah dari segi kapasiti storan. DVD dapat menampung kapasiti lebih tinggi berbanding CD kerana DVD memiliki lubang-lubang dan trek yang begitu rapat antara satu sama lain, membolehkan ia menyimpan sejumlah besar data berbanding format CD biasa. CD biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke 700MB data, manakala DVD boleh menyimpan antara 4.7GB sehingga 17 GB, bergantung kepada jenis format. Sepertimana cakera keras, cakera padat juga perlu diformat terlebih dahulu sebelum dapat menerima apa-apa data.

Format CD
            Terdapat banyak format untuk CD antaranya ialah CD-ROM, CD-R dan CD-RW. CD-ROM hanya mengandungi data yang boleh dibaca sahaja oleh pemain CD-ROM. CD-R pula membenarkan anda untuk merakam hanya sekali sahaja. Ini bermakna anda boleh merakamkan audio, video atau data untuk sekali rakam dan boleh dimainkan menggunakan pemain CD-ROM. CD-RW pula membolehkan anda merakam dan menulis data berulang kali pada cakera yang sama. Dengan menggunakan perisian istimewa, anda juga boleh memadam data CD-RW seperti mana memadam data di dalam cakera keras.

Format DVD
            Format DVD agak keliru jika dibandingkan dengan format CD. Ini disebabkan pengeluar-pengeluar utama DVD sedang bersaing antara satu sama lain untuk mencipta satu "piawai" format rakaman.


Format DVD
Ciri-ciri
DVD-R
DVD-recordable, untuk sekali rakam; digunakan untuk merakam video; dimainkan pada pemain DVD.
DVD+R
Sama seperti DVD-R, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.
DVD-RAM
DVD-random access memory, boleh membaca dan menulis data secara rawak.
DVD-RW
DVD-rewritable, sama seperti DVD-RAM tetapi dengan membaca dan menulis data secara urutan.
DVD+RW
Sama seperti DVD-RW, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.
DVD-R/W
Sama seperti DVD-RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah).
DVD+R/W
Sama seperti DVD+RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah)

CD-ROM:
Cakera padat jenis membaca memori sahaja
Digunakan oleh syarikat perisian dan pengguna bahasa .
Boleh dapat di mana-mana sahaja.
ROM singkatan daripada ‘read only memory’
Hanya membenarkan membaca data sahaja tapi boleh menulisnya atasnya.

Pemilihan Cakera Padat :
Cakera  padat juga digunakan untuk ensiklopedia pendidikan
CD-ROM digunakan simpan muzik dan animasi pendidikan
Dalam bidang pendidikan  kebanyakannya guna CD-ROM
Bagi buku teks di sekolah, dibekalkan CD-ROM pendidikan mengikut subjek
Di sekolah CD-ROM digunakan untuk memuatkan data soalan dan latihan untuk 
Pelajar.


Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran
            Penggunaan cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.


AKTIVITI


JENIS CAKERA

Kesusasteraan

Cakera sastera seperti pantun, syair atau cerpen pendek


Tatabahasa

Cakera latihan tatabahasa.




TAJUK 13 Mereka cipta Animasi Dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu


 
Pengenalan Animasi
            Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi bolehdalan bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.
Bentuk Animasi
Dua Dimensi - 2D
Tiga Dimensi - 3D
Kesan Khas
Jenis-jenis animasi
            i) Animasi Cel
i. Diperkenalkan oleh Disney di mana menggunakan beberapa siri daripada grafik berlainan pada setip kerangka frame
ii. Satu minit animasi akan memainkan 1,440 kerangka
iii. Cel berasal daripada kertas celluloid yang digunakan untuk lukisan pada setiap kerangka tetapi sekarang telah digantikan dengan plastik
            ii) Animasi Komputer
i. Mengamalkan konsep yang sama seperti animasi cel :menggunakan layer, keyframe, tweening
ii. Menggunakan nilai piksel RGB, mengenalpasti bucu-bucu sesuatu objek dan bercampuran warna supaya dapat menghasilkan transparencies, inversion dan effect

           
            iii) Morphing
i. Kesan yang popular di mana satu imej akan bertukar menjadi imej lain
ii. Boleh gunakan ke atas objek statik ataupun objek yang bergerak

Format penghasilan Animasi
Format penghasilan animasi yang biasa digunakan ialah gif animated dan swf, AutoDesk 3D Studio dan Animator (.FLI, .FLC) dan Macromedia Director (.DIR).

Menggunakan Animasi Perkataan Dan Objek Powerpoint.
Power Points
  • Perisian Powerpoints atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar. Namun bagi dalam bidang pendidikan pula powerpoint ini kerap digunakan dalam kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
  • Pada masa ini, powerpoint bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan lain perkataan powerpoint boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan. Penggunaan powerpoint ini sering dikatikan dengan animasi.
Animasi dalam powerpoint ini terbahagi kepada dua iaitu:
(i) Picture, Clipart, Shape, Smart Art, Chart
(ii) Transition dan Animation

            (i) Animasi powerpoint yang pertama merangkumi :
Lebih kepada persembahan slide powerpoint sahaja.
i)  Clip Art
ii)  Chart
iii) Picture
iv) Smart Art
v) Shape

            (ii) Animasi powerpoint yang kedua ini merangkumi :
Lebih kepada penggunaannya kepada pergerakan slide powerpoint dan  pergerakan perkataan .
Transition : Pergerakan slide sama ada fade, shape,uncover dan sebagainya. Ia membolehkan slaid ditukar ke slide lain dengan cara yang menarik dan kemas.
Animation : Kesan animasi yang digunakan untuk pergerakan masuk atau keluar sesuatu perkataan ataupun grafik.

Fungsi Animasi Dalam Power Point
 i) Untuk menarik perhatian.
ii)  Supaya sesuatu persembahan power point menjadi menarik.
iii) Supaya tidak membosankan.
iv) Untuk mencantikkan persembahan power point.
v)  Untuk menjadi daya penarik.



Mingggu        : 13/2010
Tarikh             : 19 APRIL 2010
Masa              : 10.30 pg – 1.30 ptg
Topik              : Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran
  Bahasa Melayu
Soalan           : 1. Apakah yang dimaksudkan dengan animasi?
                          2. Bagaimanakah ikon-ikon animasi boleh digunakan dalam
      pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan Komputer.
Jawapan        :
1.    Animasi
Animasi ialah paparan pantas susunan imej-imej seni 2-D atau posisi model agar menghasilkan ilusi gerakan. Animasi ialah sejenis ilusi optik  pergerakan  disebabkan kejadian penerusan penglihatan, dan boleh dihasilkan dan didemonstrasi dalam pelbagai cara. Kaedah persembahan animasi yang paling laris ialah sebagai program wayang gambar atau video, namun juga terdapat cara-cara lain untuk mempersembahkan karya animasi.

2.    Ikon-ikon ini boleh digunakan secara penuh atau hanya sebagai bahan sampingan dalam proses pengajaran. Contohnya, guru boleh menggunakan animasi secara penuh dengan menggunakan animasi seperti haiwan sewaktu guru hendak memperkenalkan murid-murid tentang haiwan. Selain itu juga, guru boleh menggunakan animasi secara sampingan iaitu dengan hanya memasukkan sedikit sahaja animasi sebagai daya penarik supaya murid-murid tertarik dengan bahan yang dipaparkan akan tetapi tidaklah sehingga animasi tersebut menjadi perhatian utama berbanding bahan yang ingin ditayangkan.