Pengenalan
CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik.
CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik.
Memilih cakera padat pembelajaran Bahasa Melayu
Cakera
padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit
buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk
mempelajari bahasa Melayu. Selain itu, cakera padat yang boleh digunakan ialah:
i. Puisi tradisional dan kesusasteraan
ii. Latihan dan soalan bahasa Melayu
Meneroka dan
mengklasifikasikan cakera padat
Cakera
padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang
digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer. Cakera padat boleh
diklasifikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya ialah:
Cakera permainan
Cakera video
Cakera prosa klasik
Cakera audio
Cakera latihan
Memilih cakera
padat pembelajaran bahasa Melayu
Cakera
padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit
buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk
mempelajari Bahasa Melayu.
Perbezaan CD dan
DVD
Perbezaan
ketara antara CD dan DVD ialah dari segi kapasiti storan. DVD dapat menampung
kapasiti lebih tinggi berbanding CD kerana DVD memiliki lubang-lubang dan trek
yang begitu rapat antara satu sama lain, membolehkan ia menyimpan sejumlah
besar data berbanding format CD biasa. CD biasa hanya boleh menyimpan antara
650MB ke 700MB data, manakala DVD boleh menyimpan antara 4.7GB sehingga 17 GB,
bergantung kepada jenis format. Sepertimana cakera keras, cakera padat juga
perlu diformat terlebih dahulu sebelum dapat menerima apa-apa data.
Format CD
Terdapat
banyak format untuk CD antaranya ialah CD-ROM, CD-R dan CD-RW. CD-ROM hanya
mengandungi data yang boleh dibaca sahaja oleh pemain CD-ROM. CD-R pula
membenarkan anda untuk merakam hanya sekali sahaja. Ini bermakna anda boleh
merakamkan audio, video atau data untuk sekali rakam dan boleh dimainkan
menggunakan pemain CD-ROM. CD-RW pula membolehkan anda merakam dan menulis data
berulang kali pada cakera yang sama. Dengan menggunakan perisian istimewa, anda
juga boleh memadam data CD-RW seperti mana memadam data di dalam cakera keras.
Format DVD
Format
DVD agak keliru jika dibandingkan dengan format CD. Ini disebabkan
pengeluar-pengeluar utama DVD sedang bersaing antara satu sama lain untuk
mencipta satu "piawai" format rakaman.
Format DVD
|
Ciri-ciri
|
DVD-R
|
DVD-recordable, untuk sekali rakam; digunakan untuk
merakam video; dimainkan pada pemain DVD.
|
DVD+R
|
Sama seperti DVD-R, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri
teknikal.
|
DVD-RAM
|
DVD-random access memory, boleh membaca dan menulis
data secara rawak.
|
DVD-RW
|
DVD-rewritable, sama seperti DVD-RAM tetapi dengan
membaca dan menulis data secara urutan.
|
DVD+RW
|
Sama seperti DVD-RW, tetapi mempunyai beberapa
ciri-ciri teknikal.
|
DVD-R/W
|
Sama seperti DVD-RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua
belah permukaan cakera (atas dan bawah).
|
DVD+R/W
|
Sama seperti DVD+RW, tetapi mampu untuk merakam
kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah)
|
CD-ROM:
Cakera padat jenis membaca memori sahaja
Digunakan oleh syarikat perisian dan pengguna bahasa .
Boleh dapat di mana-mana sahaja.
ROM singkatan daripada ‘read only memory’
Hanya membenarkan membaca data sahaja tapi boleh
menulisnya atasnya.
Pemilihan Cakera Padat :
Cakera padat juga digunakan untuk ensiklopedia
pendidikan
CD-ROM digunakan simpan muzik dan animasi pendidikan
Dalam bidang pendidikan kebanyakannya guna CD-ROM
Bagi buku teks di sekolah, dibekalkan CD-ROM pendidikan
mengikut subjek
Di sekolah CD-ROM digunakan untuk memuatkan data soalan
dan latihan untuk
Pelajar.
Menggunakan
cakera padat dalam aktiviti pengajaran
Penggunaan
cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu.
AKTIVITI
|
JENIS CAKERA
|
Kesusasteraan
|
Cakera sastera seperti pantun, syair atau cerpen pendek
|
Tatabahasa
|
Cakera latihan tatabahasa.
|
No comments:
Post a Comment