Monday, 8 April 2013

TAJUK 13 Mereka cipta Animasi Dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu


 
Pengenalan Animasi
            Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi bolehdalan bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.
Bentuk Animasi
Dua Dimensi - 2D
Tiga Dimensi - 3D
Kesan Khas
Jenis-jenis animasi
            i) Animasi Cel
i. Diperkenalkan oleh Disney di mana menggunakan beberapa siri daripada grafik berlainan pada setip kerangka frame
ii. Satu minit animasi akan memainkan 1,440 kerangka
iii. Cel berasal daripada kertas celluloid yang digunakan untuk lukisan pada setiap kerangka tetapi sekarang telah digantikan dengan plastik
            ii) Animasi Komputer
i. Mengamalkan konsep yang sama seperti animasi cel :menggunakan layer, keyframe, tweening
ii. Menggunakan nilai piksel RGB, mengenalpasti bucu-bucu sesuatu objek dan bercampuran warna supaya dapat menghasilkan transparencies, inversion dan effect

           
            iii) Morphing
i. Kesan yang popular di mana satu imej akan bertukar menjadi imej lain
ii. Boleh gunakan ke atas objek statik ataupun objek yang bergerak

Format penghasilan Animasi
Format penghasilan animasi yang biasa digunakan ialah gif animated dan swf, AutoDesk 3D Studio dan Animator (.FLI, .FLC) dan Macromedia Director (.DIR).

Menggunakan Animasi Perkataan Dan Objek Powerpoint.
Power Points
  • Perisian Powerpoints atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar. Namun bagi dalam bidang pendidikan pula powerpoint ini kerap digunakan dalam kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
  • Pada masa ini, powerpoint bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan lain perkataan powerpoint boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan. Penggunaan powerpoint ini sering dikatikan dengan animasi.
Animasi dalam powerpoint ini terbahagi kepada dua iaitu:
(i) Picture, Clipart, Shape, Smart Art, Chart
(ii) Transition dan Animation

            (i) Animasi powerpoint yang pertama merangkumi :
Lebih kepada persembahan slide powerpoint sahaja.
i)  Clip Art
ii)  Chart
iii) Picture
iv) Smart Art
v) Shape

            (ii) Animasi powerpoint yang kedua ini merangkumi :
Lebih kepada penggunaannya kepada pergerakan slide powerpoint dan  pergerakan perkataan .
Transition : Pergerakan slide sama ada fade, shape,uncover dan sebagainya. Ia membolehkan slaid ditukar ke slide lain dengan cara yang menarik dan kemas.
Animation : Kesan animasi yang digunakan untuk pergerakan masuk atau keluar sesuatu perkataan ataupun grafik.

Fungsi Animasi Dalam Power Point
 i) Untuk menarik perhatian.
ii)  Supaya sesuatu persembahan power point menjadi menarik.
iii) Supaya tidak membosankan.
iv) Untuk mencantikkan persembahan power point.
v)  Untuk menjadi daya penarik.



Mingggu        : 13/2010
Tarikh             : 19 APRIL 2010
Masa              : 10.30 pg – 1.30 ptg
Topik              : Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran
  Bahasa Melayu
Soalan           : 1. Apakah yang dimaksudkan dengan animasi?
                          2. Bagaimanakah ikon-ikon animasi boleh digunakan dalam
      pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan Komputer.
Jawapan        :
1.    Animasi
Animasi ialah paparan pantas susunan imej-imej seni 2-D atau posisi model agar menghasilkan ilusi gerakan. Animasi ialah sejenis ilusi optik  pergerakan  disebabkan kejadian penerusan penglihatan, dan boleh dihasilkan dan didemonstrasi dalam pelbagai cara. Kaedah persembahan animasi yang paling laris ialah sebagai program wayang gambar atau video, namun juga terdapat cara-cara lain untuk mempersembahkan karya animasi.

2.    Ikon-ikon ini boleh digunakan secara penuh atau hanya sebagai bahan sampingan dalam proses pengajaran. Contohnya, guru boleh menggunakan animasi secara penuh dengan menggunakan animasi seperti haiwan sewaktu guru hendak memperkenalkan murid-murid tentang haiwan. Selain itu juga, guru boleh menggunakan animasi secara sampingan iaitu dengan hanya memasukkan sedikit sahaja animasi sebagai daya penarik supaya murid-murid tertarik dengan bahan yang dipaparkan akan tetapi tidaklah sehingga animasi tersebut menjadi perhatian utama berbanding bahan yang ingin ditayangkan.

 



No comments: