TATABAHASA
Imbuhan Apitan
1. Imbuhan Apitan Men- …..-kan
erti
|
perkataan
|
keterangan
|
mengalami sifat terhadap
|
meragui
mencintai
|
mengalami sifat ragu terhap
mengalami sifat cintai
|
melakukan berkali-kali
|
memukuli
menerajangi
|
memukul berkali-kali
menerajang berkali-kali
|
memiliki dan memberikan sifat
|
mengecapi
mengotori
|
memiliki dan memberikan sifat kecap kepada
memiliki dan memberikan sifat kotor kepada
|
melakukan perbuatan di ……
|
melalui
membatasi
|
melakukan perbuatan lalu di …
melakukan perbuatan batas di ……
|
memperlakukan dengan sifat
|
membersihi
mengasari
|
memperlakukan dengan sifat bersih
memperlakukan dengan sifat kasar
|
menjadi
|
mengepali
membanjiri
|
menjadi kepala
menjadi banjir
|
memberikan kepada
|
menasihati
menghadiahi
|
memberikan nasihat kepada
memberikan hadiah kepada
|
2. Imbuhan Apitan Men- …..-kan
erti
|
perkataan
|
keterangan
|
membawa
|
melarikan
menerjunkan
|
membawa lari
membawa terjun
|
menyebabkan
|
mengakibatkan
memusnahkan
|
menyebabkan akibat
menyebabkan musnah
|
menyebabkan berlaku
|
menjalankan
menggunakan
|
menyebabkan berjalan
menyebabkan berguna
|
menyebabkan jadi
|
menakutkan
merapatkan
|
menyebabkan jadi takut
menyebabkan jadi rapat
|
menganggap
|
membetulkan
memudahkan
|
menganggap betul
menganggap mudah
|
menjadikan sebagai
|
menghampakan
mencalonkan
|
menjadikan sebagai hamba
menjadikan sebagai calon
|
memasukkan ke dalam
|
membotolkan
memenjarakan
|
memasukkan ke dalam botol
memasukkan ke dalam penjara
|
menggunakan sesuatu sebagai alat
dalam melakukan perbuatan
|
memukulkan [kayu]
memancungkan
|
menggunakan kayu untuk pukul
menggunakan pedang untuk memancung
|
melakukan perbuatan untuk seseorang
|
mengambilkan
menjelaskan
|
mengambil untuk seseorang
menjelas untuk seseorang
|
membawa ke……
|
meningkatkan
menaikkan
|
membawa ke tingkat
membawa naik
|
3. Imbuhan apitan ke-…..an
erti
|
perkataan
|
keterangan
|
perihal
|
kepergian
kehadiran
|
perihal pergi
perihal hadir
|
sifat atau keadaan
|
kemuraman
kejahatan
|
sifat atau keadaan muram
sifat atau keadaan jalur
|
daerah atau tempat bertugas
|
kerajaan
kedutaan
|
daerah raja
tempat duta bertugas
|
hal tentang sesuatu
|
keagamaan
keilmuan
|
hal tentang agama
hal tentang ilmu
|
tampat duduk yang di ……. !
|
kedudukan
kediaman
|
tempat yang diduduki
tempat yang dialami
|
sesuatu / yang di ….. !
|
ketaatan
kemahuan
|
seseorang yang ditaatkan
sesuatu yang dimahukan
|
seperti / agak
|
kebiruan
kekuningan
|
sesuatu yang berwarna biru
sesuatu yang berwarna seakan-akan kuning
|
ditimpa
|
kehausan
kecurian
|
ditimpah rasa haus
ditimpa kecurian
|
4.Imbuhan Apitan Memper-…..- i
erti
|
perkataan
|
keterangan
|
berbuat akan/kepada/mempunyai
|
mempersetujui
mempelajari
|
bersetuju akan
belajar mengenai
|
menjadi…….kepada
|
mempertuan
memperdalangi
|
menjadi tuan kepada
menjadi dalang
|
menjadikan seseorang beroleh sesuatu
|
mempersenjatai
|
menjadikan seseorang beroleh senjata
|
menjadikan sesuatu/memperoleh semula
|
memperteguhi
mempereloki
|
menjadikan teguh semula
menjadikan elok semula
|
5. Imbuhan Apitan Memper-……-kan
kata dasar / kata akar
|
kata apitan memper-…..-kan
|
|||
kaya
kenal
aku
|
memperkayakan
memperkenalkan
memperlakukan mempel-….-kan
|
mempe-…..-kan
|
||
bagai
|
mempelbagaikan
|
-
|
-
|
memperagakan
|
erti
|
perkataan
|
keterangan
|
Menyebabkan sesuatu dapat
ter- atau di……
|
mempersembahkan
( tarian )
memperlihatkan
( kecekapannya )
|
menyebabkan tarian disampaikan
menyebabkan kecekapannya dapat dilihat
|
Menjadikan sesuatu
atau seseorang ber-….
|
Mempergunakan
mempersuamikan
|
menjadikan berguna
menjadikan bersuami
|
Menjadikan sesuatu sebagai
sebab berbuat
|
memperdebatkan
( masalah barangan tempatan )
memperbualkan ( saham )
|
menjadikan masalah barangan tempatan
sebagai sebab untuk berdebat
menjadikan saham sebagai
sebab untuk berbual
|
Golongan Kata Kerja (KK)
Kata
kerja (KK) merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang
berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan
sebagainya.
subgolongan
|
Ciri
|
jenis
|
Contoh
|
Tak transitif-Tidak memerlukan objek untuk melengkapkannya.-Tetapi ada yang memerlukan pelengkap. |
Tak berpelengkap
- Tidak memerlukan pelengkap
|
Tak
Transitif Tak Berpelengkap
|
- Rumah
itu sudah roboh
- Turunnya Union Jack, jalur Gemilang pula yang berkibar
|
Berpelengkap
- memerlukan pelengkap
|
Tak
transitif Berpelengkap
|
- keadaan Halim
bertambah parah
- Air
sungai beransur surut
|
|
Transitif
-
memerlukan objek atau penyambut.
|
Aktif
|
Transitif
Aktif
|
Menulis,
menampar, memakan
|
Pasif
|
Transitif
Pasif
|
Ditulis
oleh/dengan, ditampat. Dimakan oleh/dengan
|
BAHAN SASTERA
Seloka Pak Kaduk
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang;
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk.
Maksud :
Pak Kaduk ditimpa nasib malang yang bertimpa-timpa akibat sikapnya sendiri. Walaupun ayamnya menang dalam persabungan, tetapi kampungnya tergadai. Nasi yang ada dibuang dan apabila balik, dia kelaparan kerana tiada makanan. Apabila Pak Kaduk mudik, dia menongkah surut. Apabila menghilir pula, dia menongkah air pasang. Maksudnya dia melawan arus. Pak Kaduk membunuh isterinya. Kemudian, dia sendiri hampir mati kerana tiada makanan. Ketika Pak Kaduk hendak belayar, angin berhenti bertiup. Apabila Pak Kaduk melabuhkan sauh (berlabuh), angin pun bertiup semula. Pak Kaduk turut menumpang di rumah orang walaupun dia mempunyai rumah sendiri.
BAHAN SASTERA
Analisis Teks Syair
Syair
|
Maksud
|
Buatlah
jasa wahai teruna,
Hidupmu
biar memberi guna,
Kamu yang
mati jasa tak fana,
Asalkan
buahnya elok sempurna.
|
Anak muda
diseru supaya berbuat jasa supaya hidup lebih berguna. Jasad (tubuh)
seseorang mungkin telah tiada (meninggal dunia), tetapi jasanya kekal buat
selama-lamanya jika dilakukan dengan ikhlas dan dipanjangkan amalannya oleh
orang lain (generasi selepasnya).
|
Banyakkan khidmat besar dan seni,
Serahkan kepada tuhan rabbani,
Jasa yang kekal berfaedah murni,
Umur yang kedua bagi insani.
|
Sama ada amalan besar mahupun kecil, semuanya mesti
ditambah, lalu diikhlaskan semata-mata kepada allah untuk menilainya. Jasa
yang kekal mendatangkan manfaat yang tidak terhingga. Jasa itu akan terus diingati
walaupun seseorang itu telah meninggal dunia.
|
Hidup manusia jangan percuma,
Buatlah bakti budi utama,
Selagi baiknya kekal menjelma,
Si mati hidup selama-lama.
|
Manusia tidak harus mensia-siakan hidupnya, sebaliknya
sentiasa berusaha meninggalkan jasa. Selama mana jasa itu menjadi amalan atau
dimanfaatkan oleh orang lain, orang berjasa tadi tetap dianggap masih hidup
walaupun pada hakikatnya telah lama meninggal dunia.
|
Buatlah baik sedaya upaya,
Hidup berbakti memberi cahaya,
Sumbu pelita tidak sia-sia,
Terbakar
dirinya menerangi raya,
|
Kebaikan
yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh akan memberi faedah kepada diri
sendiri dan orang lain. Ibarat sumbu pelita (minyak tanah) yang diperbuat
daripada kain atau tali, walaupun harus terbakar, gelap akan berganti terang.
|
Jangan menilik balas dan puji,
Atau pahalanya dikaji-kaji,
Rasa demikian tamak dan keji,
Padalah baiknya tinting dan uji.
|
Apabila berbuat jasa, seseorang itu tidak patut
mengharap ganjaran dan sanjungan. Demikian tidak elok bersikap menghitung
pahala semata-mata yang menjurus kepada sifat tamak (haloba) dan hina (tidak
baik). Demikian cabaran
kepada keikhlasan diri dalam berbuat kebaikan (jasa).
|
Pahala dan balas jangan dihitung,
Ataupun bintang di dada beruntung,
Asalkan jasamu padat berdentung,
Cukuplah di situ mulai tergantung.
|
Jangan terlalu berkira tentang pahala (catatan balasan
amal baik) atau mendambakan kalungan pingat atau pangkat kebesaran.
Sebaliknya, biarlah jasa yang tidak terhingga manfaatnya sebagai bekalan (nyawa
kedua, akhirat).
|
Buatlah baik ayuhai rakan,
Ke dalam laut kamu campakkan,
Jikalau tidak dikenal ikan,
Tuhan tahu iakah bukan.
|
Sekali lagi penyair menyeru supaya pembaca sentiasa
berbuat jasa dan kebaikan. Walaupun usaha yang dilakukan mungkin tidak
dihargai atau tidak diberi sambutan, Allah sangat persis dalam membuat
penilaian.
|
Tema
Kepentingan
berbuat jasa
Persoalan
1) Kemurahan hati dalam menyumbang jasa
2) Keikhlasan dalam membuat kebaikan / jasa
Bentuk
1. Mempunyai
7 rangkap.
2. Mempunyai
4 baris bagi setiap rangkap.
3. Semua
baris adalah maksud.
4. Jumlah
perkataan antara 4 hingga 5 perkataan
sebaris.
Contoh: buatlah
jasa wahai teruna (4 perkataan – rangkap 1)
Contoh: jasa yang
kekal berfaedah murni (5 perkataan – rangkap 2)
5. Terdiri
daripada 9 hingga 12 suku kata sebaris.
Contoh: Tu/han/
ta/hu/ i/a/kah/ bu/kan/ (9 suku kata – rangkap 7)
Contoh:
cu/kup/lah/ di/si/tu/ mu/la/i/ ter/gan/tung (12 suku kata – rangkap 6)
6.
Rima akhir aaaa.
7. Bentuk
syair terikat.
Gaya bahasa
Gaya bahasa
|
Contoh
|
1) Asonansi – pengulangan vokal a
|
Buatlah
jasa wahai teruna
|
2) Aliterasi –pengulangan konsonan b
|
Buatlah
bakti budi utama
|
3) Sinkope – pemendekan kata
|
Kamu yang
mati jasa tak fana,
Asalkan
jasamu padat berdentung.
|
4) Inversi– pembalikan kata
|
Hidup
manusia jangan percuma, sepatutnya jangan percuma hidup manusia
|
5) Diksi – penggunaan bahasa arab
|
Tuhan
rabbani
|
6) Repitisi
– pengulangan perkataan 'hidup' sebanyak 4 kali
|
Nilai
Murni
Nilai
murni
|
Contoh
|
1) Keikhlasan
|
Ikhlas dalam berbuat jasa tanpa mengharapkan balasan.
|
2) Mengenang jasa
|
Budi yang baik akan dikenang.
|
3) Rasional
|
Berfikir dahulu sebelum menerima sebarang pujian.
|
Pengajaran
1) Kita
hendaklah bermurah hati dalam menyumbang jasa.
2) Kita hendaklah ikhlas dalam melakukan kebaikan.
BIDANG SAINS
KITARAN HIDUP
KUPU-KUPU
Kupu-kupu,[1]
(bahasa
Inggeris: butterfly) adalah sejenis serangga
terbang daripada order Lepidoptera, sama seperti rama-rama.
Kebanyakan kupu-kupu mempunyai kepak dengan warna yang terang dan menarik.
Seperti serangga holometabolisme lain, kitaran hidup kupu-kupu terdiri daripada
empat bahagian, telur, larva, pupa dan dewasa.
Kebanyakan spesies merupakan diurnal (berjaga siang). Kupu-kupu terdiri daripada kupu-kupu
sejati (superfamili Papilionoidea), skipper (superfamili Hesperioidea)
dan kupu-kupu rerama (superfamili Hedyloidea).
Semua famili yang lain dalam Lepidoptera dipanggil rama-rama.
Fosil kupu-kupu yang terawal datang dari pertengahan zaman Eosen, iaitu 40–50 juta
tahun dahulu.
Kitaran hidup
Ramai
yang percaya bahawa kupu-kupu mempunyai jangka hayat yang amat singkat.
Sebenarnya, kupu-kupu dewasa mampu hidup selama seminggu mahupun hampir setahun
bergantung pada spesiesnya. Kebanyakan spesies melalui peringkat larva yang
agak lama, dan ada yang mampu menjadi dorman ketika
dalam peringkat pupa atau telur agar dapat mengharungi musim sejuk.[3]
Kupu-kupu boleh bertelur sekali atau
banyak kali setiap tahun. Bilangan keturunan setahun berbeza-beza atas pengaruh
iklim, yang mana kupu-kupu yang tinggal di kawasan tropika mampu bertelur lebih
sekali dalam setahun.[4]
No comments:
Post a Comment